*************
"Buat apa tu Bedul?" jiran sebelah rumah menegur. "Tengah sidai baju. Isteri aku baru aje bersalin." "Eh engko tak suruh emak atau emak mertua ko datang ke?" tanya Ahmad kehairanan. Ahmad memang tak biasa buat kerja-kerja perempuan ni .... kurang maco katanya.
"Mereka ada hal .... insya Allah minggu depan mereka datanglah nak tengok cucu. Eh engko tak pernah tengok orang lelaki sidai baju ke?"
"Aku tak buat semua tu.. itu kerja orang perempuan. Lagipun manalah aku ada masa nak buat semua tu.. busy lah"
Bedul menyampuk, "Sesibuk Rasulullah saw pun - bila berpeluang berada di rumah di tolong isterinya tau .... jahit baju, perah susu kambing...."
"Eh ye ke? Aku tak pernah dengo cerita macam tu"
"Tulah kau Ahmad... orang ajak dengar ceramah di masjid tak mahu ... busy lah ... ada hal lah... nak shopping lah. Kamu tahu tak ... kerja-kerja sebegini boleh mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara suami isteri tau. ..."
Ahmad tercengang.
Demikianlah yang sering berlaku dalam masyarakat kita. Hasil dari kejahilan berkenaan hidup berkeluarga Rasulullah saw, kita sering membuat perkara sepertimana orang tua-tua kita buat .... betul atau salah itu ... lain cerita.
Hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib bermaksud:
“Rasulullah s.a.w bersabda: Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya, dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku. Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita, kecuali dia seorang yang mulia. Tidak ada yang menghina wanita, kecuali orang yang rendah pekertinya.”
(Riwayat Abu Daud).
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya.”
(Riwayat Abu Daud)
Nama dalam kisah di atas adalah rekaan semata-mata - namun kejadian seperti di atas amat sering berlaku di kalangan masyarakat kita. Moga coretan yang sedikit ini ada iktibar - terutama untuk para suami.
No comments:
Post a Comment