Sunday 31 August 2014

Kek Cheese Bersalji

Uhuk2.. Lamenye tak jenguk blog ni.. Berhabuk plak.. uhuk uhuk... Hari ni, tergerak plak nk update even mood sangat-sangat la malas.. Al-maklum la, kesihatan tak berapa nak elok.. Tapi, dalam tak sihat camni, sempat g nak wat kek cheese.. hehehe... Jom2 kongsi resepi...

KEK CHEESE BERSALJI

Bahan2:

UNTUK KEK :
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine pun boleh) *gune tepung biasa pun boleh
60 gram tepung jagung
50 gram air sejuk (dari peti ais)
1 sudu teh baking powder (kalau gune tepung blue key, takyah letak)
2 sudu makan overlet (pastikan halal)
75 gram mentega (dicairkan)

UNTUK KRIM :
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis - kurangkan kalu taknak terlalu manis
Cara : Satukan kedua-dua bahan dan diputar sehingga licin dan tidak berketul

UNTUK TOPPING :
1/2 kotan kraft cheddar cheese (diparut)

Cara2 untuk buat Kek
  • Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cari dan putar.
  • Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Semakin putih, kek akan menjadi semakin gebu. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati.
  • Sediakan acuan yang dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dengan sedikit butter.
  • Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150'c.
  • Bila sudah masak, biarkan sejuk. Setelah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi 2 bahagian.
  • Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atas nya.
  • Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  • Akhir sekali tabur atau parutlah cheddar cheese di atas keseluruhan kek tadi sebagai toppingnya.
  • Masukkan dalam peti ais selama 1-2 jam. Setelah itu, siap untuk dipotong dan dimamam.. hehe


 
*Untuk menghasilkan SNOW CHEESE CUPCAKE, isikan adunan 3/4 penuh cup dan bakar selamar 15-20 minit bergantung kepada saiz papercup yang digunakan



Terima Kasih.. Sharing is Caring ^_^.. Suke ?? Share jangan tak share

Monday 21 July 2014

Letak Button Facebook Share

Lame dah tak update blog ni kan. Maklumlah bulan puasa ni kena banyak rehat. Tambah plak tengah sarat ni. Hari ni, terasa nak renovate blog plak. So, hari ni nak share tutorial pe yang saye nak tambah kat blog ni. Jom jom wat sesame.. ^_^

Cara-cara nak letak facebook share button kat post.

1. Pilih jenis facebook share button yang anda kehendaki, kemudian copy code yang diberi.

Code untuk Full
<div style="float:right;padding:4px;">
<a expr:share_url='data:post.url' name='fb_share' rel='nofollow' type='box_count'/>
<script type="text/javascript" src="http://static.ak.fbcdn.net/connect.php/js/FB.Share"/>
</div>

 Code untuk Compact
 <div style="float:right;padding:4px;">
<a expr:share_url='data:post.url' name='fb_share' rel='nofollow' type='button_count'/>
<script type="text/javascript" src="http://static.ak.fbcdn.net/connect.php/js/FB.Share"/>
</div>

2. Login akaun blogger, dari dashboard > design > edit HTML > Expand Widget Templates (Seeloknye backup dulu template korang ek)

3. Menggunakan fungsi find (ctrl + F), cari kod ini.
 <div class='post-header-line-1'/>
 jika tidak jumpa, cari kod ini.
<div class='post-header-line-1'> 
 4. Selepas itu paste kod share button (langkah 1) DIBAWAH kod yang anda cari (langkah 3)

5. Save template dan lihat hasilnya.

Selamat mencube ^_^





Terima Kasih.. Sharing is Caring ^_^.. Suke ?? Share jangan tak share

Monday 14 July 2014

Panduan Solat Sunat Tarawaih (8 Rakaat) Dan Witir

Alhamdulillah.. Walaupun sekarang ni dah rase tak larat sebab perut dah membesar (pregy), hati ni tetap kuat gak nak ikut en hubby g wat tarawih kat Masjid. En hubby ajak wat 8 rakaat je bab kesian kat puan wifey die ni. Walaupun hari ni dah masuk 16 Ramadhan dah, saye tetap nak share gak panduan solat Tarawih ni.

Solat Tarawih hanya dilakukan pada malam bulan Ramadhan sahaja. Tarawih ertinya beristirehat. Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’, Tujuan berhenti rehat sekejap adalah untuk memperolehi keikhlasan dan memberikan ketenangan kepada mereka yang bersolat, khususnya kepada warga emas disamping mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa.
  
Cara Agihan Solat Lapan Rakaat.
  1. Biasanya Solat SunatTarawih dilakukan sebanyak lapan rakaat yang dipisahkan kepada 2 rakaat demi 2 rakaat (4 kali 2 rakaat) dengan setiap dua rakaat satu salam.
  2. Solat SunatTarawih ini juga boleh dikerjakan empat rakaat – empat rakaat (2 kali 4 rakaat), iaitu sebagaimana tatacara solat fardhu yang empat rakaat iaitu dengan dua tahiyat.
  3. Boleh juga dikerjakan sebanyak empat rakaat sekaligus dengan hanya satu tahiyat dan sekali salam sahaja. Sekiranya ingin dilaksanakan dengan hanya satu tahiyat maka setiap rakaat hendaklah dibaca surah-surah atau ayat-ayat dari al-Qur’an.
#  Setiap cara Solat Sunat Tarawih di atas, hendaklah di akhiri dengan tambahan 3 rakaat Solat Sunat Witir, boleh sama ada dilakukan dengan dua salam atau satu salam Witir sahaja.
  
Bacaan Surah
.
Sesudah membaca Al Fatihah pada setiap rakaat, lalu membaca ayat-ayat atau surah daripada Al Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat..
  1. Sebaik-baik surah yang dibaca selepas al-Fatihah pada solat Tarawih ialah satu juzuk daripada al-Quran pada setiap malam seperti kelaziman seseorang yang hafaz al-Quran (al-Hafiz).
  2. Setelah membaca surah Al-Fatihah, bacalah sebarang surah lazim yan diketahui. Pada raka’at kedua ada baiknya membaca surah al-Ikhlas 3 kali.
  3. Kebanyakan orang biasanya hanya membaca surah-surah lazim. Berikut adalah cara tersusun membaca surah lazim Solat Sunat Tarawih lapan rakaat;



Terima Kasih.. Sharing is Caring ^_^.. Suke ?? Share jangan tak share