Monday 21 July 2014

Letak Button Facebook Share

Lame dah tak update blog ni kan. Maklumlah bulan puasa ni kena banyak rehat. Tambah plak tengah sarat ni. Hari ni, terasa nak renovate blog plak. So, hari ni nak share tutorial pe yang saye nak tambah kat blog ni. Jom jom wat sesame.. ^_^

Cara-cara nak letak facebook share button kat post.

1. Pilih jenis facebook share button yang anda kehendaki, kemudian copy code yang diberi.

Code untuk Full
<div style="float:right;padding:4px;">
<a expr:share_url='data:post.url' name='fb_share' rel='nofollow' type='box_count'/>
<script type="text/javascript" src="http://static.ak.fbcdn.net/connect.php/js/FB.Share"/>
</div>

 Code untuk Compact
 <div style="float:right;padding:4px;">
<a expr:share_url='data:post.url' name='fb_share' rel='nofollow' type='button_count'/>
<script type="text/javascript" src="http://static.ak.fbcdn.net/connect.php/js/FB.Share"/>
</div>

2. Login akaun blogger, dari dashboard > design > edit HTML > Expand Widget Templates (Seeloknye backup dulu template korang ek)

3. Menggunakan fungsi find (ctrl + F), cari kod ini.
 <div class='post-header-line-1'/>
 jika tidak jumpa, cari kod ini.
<div class='post-header-line-1'> 
 4. Selepas itu paste kod share button (langkah 1) DIBAWAH kod yang anda cari (langkah 3)

5. Save template dan lihat hasilnya.

Selamat mencube ^_^





Terima Kasih.. Sharing is Caring ^_^.. Suke ?? Share jangan tak share

Monday 14 July 2014

Panduan Solat Sunat Tarawaih (8 Rakaat) Dan Witir

Alhamdulillah.. Walaupun sekarang ni dah rase tak larat sebab perut dah membesar (pregy), hati ni tetap kuat gak nak ikut en hubby g wat tarawih kat Masjid. En hubby ajak wat 8 rakaat je bab kesian kat puan wifey die ni. Walaupun hari ni dah masuk 16 Ramadhan dah, saye tetap nak share gak panduan solat Tarawih ni.

Solat Tarawih hanya dilakukan pada malam bulan Ramadhan sahaja. Tarawih ertinya beristirehat. Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’, Tujuan berhenti rehat sekejap adalah untuk memperolehi keikhlasan dan memberikan ketenangan kepada mereka yang bersolat, khususnya kepada warga emas disamping mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa.
  
Cara Agihan Solat Lapan Rakaat.
  1. Biasanya Solat SunatTarawih dilakukan sebanyak lapan rakaat yang dipisahkan kepada 2 rakaat demi 2 rakaat (4 kali 2 rakaat) dengan setiap dua rakaat satu salam.
  2. Solat SunatTarawih ini juga boleh dikerjakan empat rakaat – empat rakaat (2 kali 4 rakaat), iaitu sebagaimana tatacara solat fardhu yang empat rakaat iaitu dengan dua tahiyat.
  3. Boleh juga dikerjakan sebanyak empat rakaat sekaligus dengan hanya satu tahiyat dan sekali salam sahaja. Sekiranya ingin dilaksanakan dengan hanya satu tahiyat maka setiap rakaat hendaklah dibaca surah-surah atau ayat-ayat dari al-Qur’an.
#  Setiap cara Solat Sunat Tarawih di atas, hendaklah di akhiri dengan tambahan 3 rakaat Solat Sunat Witir, boleh sama ada dilakukan dengan dua salam atau satu salam Witir sahaja.
  
Bacaan Surah
.
Sesudah membaca Al Fatihah pada setiap rakaat, lalu membaca ayat-ayat atau surah daripada Al Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat..
  1. Sebaik-baik surah yang dibaca selepas al-Fatihah pada solat Tarawih ialah satu juzuk daripada al-Quran pada setiap malam seperti kelaziman seseorang yang hafaz al-Quran (al-Hafiz).
  2. Setelah membaca surah Al-Fatihah, bacalah sebarang surah lazim yan diketahui. Pada raka’at kedua ada baiknya membaca surah al-Ikhlas 3 kali.
  3. Kebanyakan orang biasanya hanya membaca surah-surah lazim. Berikut adalah cara tersusun membaca surah lazim Solat Sunat Tarawih lapan rakaat;



Terima Kasih.. Sharing is Caring ^_^.. Suke ?? Share jangan tak share

Sunday 13 July 2014

Dosa Yang Merosakkan Perkahwinan

SUAMI

1. Suami tidak berfungsi menjadi pemimpin dengan baik, akibatnya saling melukai.
2. Suami gagal menjadikan Isteri nombor satu dalam hidupnya.
3. Suami membandingkan Isteri dengan wanita lain.
4. Suami kurang disiplin mengawal emosi dan kebiasaan buruk.
5. Suami gagal memuji hal-hal kecil dari Isteri.
6. Suami menolak pendapat Isteri.
7. Suami tidak pernah minta maaf.

ISTERI


1. Isteri tidak menghargai Suami sebagai pemimpin.
2. Isteri gagal menundukkan diri kepada Suami.
3. Isteri gagal menampilkan kecakapan manusia batiniah.
4. Isteri gagal menunjukan rasa syukur kepada Suami.

KEPERLUAN SEORANG SUAMI


1. Sex.
2. Isteri sebagai sahabat.
3. Rumah yang rapi.
4. Isteri yang menarik.
5. Saling menghargai.

KEPERLUAN SEORANG ISTERI


1. Kasih sayang dan penghargaan.
2. Diajak bicara.
3. Jujur dan terbuka.
4. Kewangan yang cukup.
5. Komitmen terhadap keluarga.

Ingat!


Kepala keluarga yang berjaya dalam keluarga maka kejayaan yang lain akan mengikuti. Kepala keluarga yang gagal dalam keluarga maka kegagalan lain akan mengikuti.

Kebahagiaan perkawinan memerlukan perjuangan yang tidak kenal lelah, dan memerlukan kehadiran dan pertolongan Allah.

Berbahagialah mereka yang benar-benar menikmati hidup rumah tangga yang rukun dan damai, meskipun itu harus diperoleh dengan cucuran air mata.
Belaian tangan suami adalah emas bagi isteri.
Senyum manis sang istri adalah permata bagi suami.
Kesetiaan suami adalah mahkota bagi isteri.
Keceriaan isteri adalah sabuk di pinggang suami.

Perbaikilah apa yang bisa diperbaiki sekarang sebelum terlambat. Cintailah pasangan yang telah Tuhan pilih untukmu!

If you care about family, broadcast this. It will save a marriage. Semoga Tuhan memberkahi Pernikahan Anda! Bagi yang belum Menikah, semoga ini bisa menjadi bekal kelak bila Anda menghadapi hidup Pernikahan.








Terima Kasih.. Sharing is Caring ^_^.. Suke ?? Share jangan tak share

Thursday 10 July 2014

Suami Sidai Baju

Hari ni, saje nak share cite ni untuk bacaan bersame.. Alhamdulillah, bersyukur sangat bab dapat suami yang rajin tolong wat keje umah.. Sebelum ni, en hubby rajin tolong saye cuci baju kat mesin.. Tapi, sekarang saye tak benarkan dah.. hik hik.. Hari tu, mesin basuh rosak bab en hubby kalo dah cuci baju, sampai penuh mesin tu.. Alahai.. sayang sayang.. hehehe.. So now, hubby just tolong sidai baju n kemas-kemas umah.. Kadang-kadang, sampai takley nak larang hubby wat keje umah.. Hubby kate, die bosan kalo duduk je.. Tapi, bab deco-deco umah, hubby memang no 1.. Saye salunye jadi pemerhati je kalo bab deco-deco ni.. Eh, bukan citer ni yang saye nak kongsikan tadi.. Terlebih plak intro nye kan.. Jom same-same bace kisah ni...

*************
"Buat apa tu Bedul?" jiran sebelah rumah menegur. "Tengah sidai baju. Isteri aku baru aje bersalin."

"Eh engko tak suruh emak atau emak mertua ko datang ke?" tanya Ahmad kehairanan. Ahmad memang tak biasa buat kerja-kerja perempuan ni .... kurang maco katanya.

"Mereka ada hal .... insya Allah minggu depan mereka datanglah nak tengok cucu. Eh engko tak pernah tengok orang lelaki sidai baju ke?"

"Aku tak buat semua tu.. itu kerja orang perempuan. Lagipun manalah aku ada masa nak buat semua tu.. busy lah"

Bedul menyampuk, "Sesibuk Rasulullah saw pun - bila berpeluang berada di rumah di tolong isterinya tau .... jahit baju, perah susu kambing...."

"Eh ye ke? Aku tak pernah dengo cerita macam tu"

"Tulah kau Ahmad... orang ajak dengar ceramah di masjid tak mahu ... busy lah ... ada hal lah... nak shopping lah. Kamu tahu tak ... kerja-kerja sebegini boleh mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara suami isteri tau. ..."

Ahmad tercengang.

Demikianlah yang sering berlaku dalam masyarakat kita. Hasil dari kejahilan berkenaan hidup berkeluarga Rasulullah saw, kita sering membuat perkara sepertimana orang tua-tua kita buat .... betul atau salah itu ... lain cerita.

Hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib bermaksud:

“Rasulullah s.a.w bersabda: Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya, dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku. Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita, kecuali dia seorang yang mulia. Tidak ada yang menghina wanita, kecuali orang yang rendah pekertinya.”
(Riwayat Abu Daud).

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya.”
(Riwayat Abu Daud)

Nama dalam kisah di atas adalah rekaan semata-mata - namun kejadian seperti di atas amat sering berlaku di kalangan masyarakat kita. Moga coretan yang sedikit ini ada iktibar - terutama untuk para suami.






Terima Kasih.. Sharing is Caring ^_^.. Suke ?? Share jangan tak share

Wednesday 9 July 2014

Besarnya Pengorbanan Palestin

Tersentuh hati ni tengok video-video dan berite tentang serangan yang Israel wat kat Gaza. Sampai takde kate yang mampu diluahkan.. Mari kite same-same doakan semoga saudara-saudara seagama kite diberi kekuatan dalam mengharungi peperangan ni.. Jangan lupe sedekahkan Al-Fatihah untuk semua yang beragama Islam tak kire yang hidup mahupun yang telah tiada.. Moga kekuatan doa dan bersatunya hati kite semua akan memberikan kemenangan kepada pejuang-pejuang kite di sana...

"Doa adalah senjata orang Muslim"


Dengan lafaz BISSMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

Sesungguhnya kami meletakkanMu di batang-batang leher musuh kami..
Dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka..

Ya Allah hancurkan kumpulan mereka..
Ya Allah pecahkan pakatan mereka..
Ya Allah leburkan pendirian mereka..
Ya Allah musnahkan langkah mereka...
Cengkamkan anjing-anjingMu pada mereka..

Ya Allah Yang Maha Pemaksa..
Ya Allah Yang Maha Perkasa...
Ya Allah Yang Bersifat Murka...
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah..

Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran..
Yang menggerakkan awan..
Yang menewaskan tentera Ahzab..
Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka..
Dan menangkanlah keatas kami...

Aamiin Ya Rabbalallamin.....












Terima Kasih.. Sharing is Caring ^_^.. Suke ?? Share jangan tak share

Pilih Nama Untuk Baby

Semalam, tetibe en hubby tanye tentang name baby.. hiks hiks.. Tak sabarnye nak tunggu baby kuar.. Moga jadi anak yang soleh ye sayang. So, misi hari ni.. Wat list nama-nama yang baik untuk baby. Susah gak kan nak pilih name untuk anak ni.. De tak sesape ley suggestkan kat kite.. Ni antara list yang saye dah wat.. Balik keje kang nak tunjuk kat hubby..





Amar – Yang ramai zuriat
Asyraf – Lebih Mulia
Danish – Pengetahuan / bijak
Amsyar – Yang cergas
Muhammad – Nama Nabi
Firas – Kecerdikan / tajam fikiran
Ziqri – Terpuji / Yang memuji Allah
Aqil - Yang baik budi, bijaksana, dapat dipercaya, pintar
Ashraf - Lebih luhur
Haziq – Cerdik, pandai
Haikal - Pokok yang besar dan subur
Rayyan - Kepuasan; pintu syurga utk orang yang berpuasa
Aish – Kehidupan
Hafiz - Penjaga, pelindung
Hafizuddin - Pemelihara agama
Danial – Nabi Allah SWT
Zakwan – Yang cerdik / Yang harum
Zarif – Periang / Berjenaka
Akmal – Sempurna / Sangat pandai
Irfan – Kebijaksanaan, kesyukuran, pengetahuan
Amir - Putera, ketua, pemerintah, penguasa, pemimpin, makmur
Abdul – Hamba Allah
Qayyum – Berkuasa
Rasyid – Bijaksana
Raziq – Murah Rezeki
Wafi – Setia
Adib – Beradab / Bersopan
Afif – Punya harga diri
Afiq – Yang mulia
Aiman – Berkat / Yang Bertuah / Kanan
Ariffin – Yang Bijak
Arsyad – Yang sangat cerdik
Aryan – kekuatan
Azad – Bebas / Merdeka
Hakim – Bijaksana
Haris – Pengawal / Pelindung
Harith – Kuat / Berusaha
Hariz – Pemelihara
Haziq – Cerdik / Pandai
Iqbal - Kejayaan, pujangga muslim, kemajuan
Irsyad – Nasihat / panduan / petunjuk
Izzat – Kemuliaan
Khair – Kebaikan / Kebajikanku
Khairul – Baik
Khalish – Suci / Murni
Mirza  - Anak yang baik
Nufail – Pemberian / hadiah
Safiy – yang bersih dan jujur
Samir – Penghibur / Teman berbicara
Shafiy – Tenteram suci
Shakir – Bersyukur
Shidqie – Benar / Jujur
Syafiq – Penyayang
Syahir – Terkenal
Syafi – Penyembuh
Syahmi – Mulia / Berani / Bijak
Syakir – Bersyukur / Pengenang budi
Syazani – Kecergasanku
Taufiq – Pertolongan / petunjuk
Wafiq – Berjaya
Waiz – Penasihat
Wazif – Yang Tekun / Gigih
Yazid – Berkat
Zill Qayyim – Perlindungan yang berharga
Ilman – Berilmu
Syamil – Menyeluruh
Thaqif – Bijak dan cepat faham
Rafiq - Pendamping

Banyaknye name.. Pening plak nak pilih ~,~

 

Terima Kasih.. Sharing is Caring ^_^.. Suke ?? Share jangan tak share

Monday 7 July 2014

Kisah Hijrah Neelofa ( IKIMfm )

Alhamdulillah... Semoga perkongsian neelofa ni mampu membuke hati dan minda kite semua betapa nikmatnye hidayah Allah.. Sebak hati ni dengar luahan neelofa ni.. Same-same kite doakan moga makin ramai umat Islam yang kembali ke pangkuan Allah.. MasyaAllah... Salah satu sifat orang beriman adalah

"Bila nampak satu kebaikan, tiada yang lebih menggembirakan bagi orang yang beriman"

Kite ni, jangan menilai seseorang daripada segala masa silam die. Manusia memang sifatnye tak sempurna. Semua manusia akan wat kesilapan. Walau siapapun lofa sebelum ni, past is past. Yang penting, masa sekarang dan kat mase depan, kite tak jemu perbaiki diri dan belajar ilmu.


Ambik ikhtibar dari kisah ni, jangan berfikiran negatif. Doakan untuk die, doakan untuk diri kite dan doakan untuk semua.

Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillalah, AllahuAkbar


Terima Kasih.. Sharing is Caring ^_^.. Suke ?? Share jangan tak share

Kacang Telanjang

Adoi adoi.. awatla name resepi ni camni.. Huhuhu.. Rase cam nak edit je name tu, tapi tak sampai hati plak bab ni resepi orang len.. Hari ni nak kongsi resepi kacang yang kak Jamayah Bujang bagi kat facebook. Alhamdulillah, akak ni tak kedekut resepi. Beramal dengan kongsi ape je resepi yang korang nak. Siap boley request lagi kat die. InsyaAllah, kalo ade yang korang request tu die tau, die akan kongsikan kat sume. So, berbalik kite pade resepi kacang tadi, moh kite same-same bace ^_^


KACANG TELANJANG
 
1 Kilo Kacang Tanah yang takda kulit @ Telanjang lah nama nya.
2 labu bawang Puteh
50 grm buah keras
4 Sudu kecil garam
Serebuk perasa jika suka
Cili Padi
Daun kari
Ikan Bilis - Cuci dan keringkan

Cara membuat:
1. Rendam kacang tadi didlm air panas hingga kembang.
2. Tus kan kacang tadi biar habis airnya.
3. Tumbuk bawang puteh tak payah hancur.
4. Tumbuk pula buah keras.
5. Gaulkan semua bahan yang telah ditumbuk kedlm kacang.
6. Masok Garam dan serbuk perasa..
7. Biar kejap supaya mesra.
8. Sedia Kan Kuali untok mengoreng masok minyak panas kan.
9.Pertama kita goreng dulu ikan bilis ketepi kan
10. Goreng lagi daun kari dan Lada padi yg telah di potong.
11. Seterusnya kita goreng kacang tadi hingga siap. Goreng kacang jaga api nya jgn terlalu kuat nanti hangus tak renggup dlm nya.
12. Dah semua siap digoreng gaul kesemuanya sekali .

Selamat Mencuba..! ^_^

Thanks kak Jamayah.

Terima Kasih.. Sharing is Caring ^_^.. Suke ?? Share jangan tak share

Button Follow Dan Dashboard Comel

Sebelum ni, saye de kongsi tutorial Letak Button Follow Dan Dashboard. Yang tu, button follow dan dashboard yang biase-biase je tau. Harini, saye nak kongsi plak camner nak tukar pade versi comei-comei plak.

Sebelu

Selepas
 Cara die senang je.. same je cam tutorial sebelum ni, just tukar URL untuk pic folllow dan dashboard..

Ikut step kat bawah ni eh. ^_^
 
1. DASHBOARD > DESIGN > ADD A GADGET > HTML/JAVASCRIPT

2. COPY dan PASTE Kod di bawah ni ,button Follow dan Dashboard akan sama seperti model yang telah ditunjukkanek.

<div style="position: fixed; top: 5px; right: 90px;"><a class="linkopacity" href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=ID BLOG ANDA" target="_blank" rel="nofollow" title="Follow !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img src="URL BUTTON FOLLOW" border="0" /></a><div style="display:scroll; position:fixed; top:5px; right:2px;"><a class="linkopacity" href="http://blogger.com/home" target="_blank" rel="nofollow" title="Dashboard !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="URL BUTTON DASHBOARD" /></a></div></div>
* ID BLOG ANDA = Boleh rujuk tutorial sebelum ni ek.
* URL BUTTON FOLLOW = Boleh pilih kat bawah or google kan je.. hehe
* URL BUTTON DASHBOARD =  Same gak cam button follow.. rujuk bawah ^_^

Button Follow = https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgY7N-sZ190m6mpf_L3rTRbLF5To1ySvjvamTv1XPhSGrQmxAV_6LmLLxtcV8coYr_cpvQgveORGgptAbi9tRgkc6hM0d9ltD6cNhTNzJv-R7NGeruVbBvpgaudTXosnrS2wm2UgW0xU-aB/s1600/follow-black-tasha.png
 
 
 Button Dashboard = https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZ8ABiTFV4j69lolcebhcV6Lf78iFjsTNavrpocXKBjnJoWwOf6uehk4pcaxgWkjl7Ba2RRKg2CesrfmPdwDNUJ0blj6hyTCDrXIy9TyIcn-ozqaoTalmwl_dqShGlD705dmOYDeuRBtQg/s1600/dashboard-black-tasha.png

Button Follow =  https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi4V8JO-uagJWbSuIWOlvJBK8Rm-j7PbcLvfwvTA6oTMmQejetJRG96Uocu7ixoQdx2jsGQ7qzXE3V4yWkna2r3O7BbfCaHq4oBtCC1f2eY2oqMVCVl6MZkeV51J144MpzHCOgmeAgYnLHX/s1600/followpink.png


 Button Dashboard = https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6SZeT0Ll36t50oFua1dl1YUByg7MtBltbyxuzNGH7OTB6mPUZuPDJzGms14nCCzc7pzEf4zub57rKfr_71oe5HUcZdoyVqMzzfGJt7qIZeuUxwwJvqGS1uG6BjY6XJHwm2nx12oBUyezp/s1600/dashboardpink.png

 Button Follow =  https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLgwo6bdDMP0zeL7Fw0LuY5yWVoTukyAiyzvQrP5vzCBVgP_L1eOtJE-FoaAvyYa24gO72ziZPyV7RlkezBRo6vBDcEDjjcehyh0HCZHiZPDu-4Q4F0HB8twR4DJANGVKWRK63pl3A7l_H/s1600/pink+1.png


 Button Dashboard = https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhiHUzWL0AURv_KTdYoH-GafeWHLRxxjIKCKBZvgwLFDo3Pb_pmCNQdNNWEP-lv1WpnBx7-bH5WJzH33oomK_FpWy_QQvtP56Cezn7QPsETN6BlgnDTM1FrLiOeE3xr37k9cVv2DC8zcxJW/s1600/pink2.png


 Button Follow =  https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9qUm_NBBIieottVWAEVBnWu2lRrufNF7EdkpKr9nwUTFG1BZ41JXIaRLQawMZijUJ97ZzPOQEte8GQWNmHuzkzXAiRCiAzkujGLug-5mevLXOiEu-B2YtZGMoDSUzQdjRsdb_51YzdB1n/s1600/blue+1.png


 Button Dashboard = https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg4jqSJ3guaLsPEh4UfXdNUrN1ag0HQX6Ezkduos3B6G8rnAujW1_2J4-N0-jBJHuK8vEtTLyowRf-FRwbIee0vPmAoLsotCOZooOrmUXgWJTtGd2mhnqK87CSJp-ouSXBEeN2qBwfelgoJ/s1600/blue+2.png
 3. Bile dah siap, boley la klik save. Tengok hasilnye. Selamat mencube ^_^

Terima Kasih.. Sharing is Caring ^_^.. Suke ?? Share jangan tak share

Sunday 6 July 2014

Ikon Comel Pada Shoutbox

Hai hai hai.. Hari ni jejari kecil ni rajin plak nak wat tutorial tentang camner nak ubah ikon-ikon yang asal kat chatbox/shoutbox tu jadi ikon-ikon yang comel-comel molek belako. Contoh ikon-ikon tu, ley la skodeng kat saye nye shoutbox eh. Care die senang je.... Mule-mule, login shoutbox... pastu dah kuar cam pic kat bawah ni.....
Cam biase, log in shoutbox.. Pilih options > smilies
Edit or klik je 'x' kat tepi tu.. pastu, boly lah pastekan URL image yang anda nak letak.. 

Dah siap sume tu, boleh la klik save. Kat bawah ni, de beberapa URL images yang saye gune. Takley nak bagi sume, banyak sangat. Nak care senang, g kat shoutbox saye tu. Klik kat smilies, akan kuar ikon-ikon comel. Pastu, right klik je kat mouse dan klik "copy image location"

http://dl3.glitter-graphics.net/pub/3123/3123163q6vepgjjpp.gif




http://i985.photobucket.com/albums/ae340/ameliaaaaaaaa/emote2.png



http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/crayon/pic010demoji_15266328decoojp.gif


http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/crayon/pic017demoji_10418344decoojp.gif

hehe.. cukup la kot 5 tu. Selamat mencube ye ^_^







Terima Kasih.. Sharing is Caring ^_^.. Suke ?? Share jangan tak share

Tukar Kad Pengenalan Baru

Huuhu.. tadi tetibe dapat wassap dari en Hubby tentang kene tukar Kad Pengenalan or orang ramai-ramai lebih salu panggil IC.

"Untuk makluman kawan.. Sesiapa yang belum tukar IC baru yang ada 2 gambar dalam icu tu.. di minta tukar segera.. ini untuk membolehkan kita beli petrol kete mulai sept 2014 dengan harga subsidi.. jika tak.. kena beli petrol dengan harga tanpa subsidi.. sumber dari JPN..

Mesej perkhidmatan awam daripada SUIT. Sila forwardkan kepada keluarga anda, rakan-rakan dan orang tersayang"
Alahai... IC saye masih IC lame.. ntah berapa tahun dah tak tukar-tukar. IC en Hubby pom same. Adoiyai.. Betul ke mesej tu? Malas nak tukar senanye.. muke kat IC tu, still comei-comei lagi.. 
Terima Kasih.. Sharing is Caring ^_^.. Suke ?? Share jangan tak share

Kisah Duit

Nama aku DUIT, kadang org panggil aku wang, fulus dan mcm-mcm lagi. Rupa aku biasa je, badan aku lemah tapi aku boleh membuatkan satu dunia inginkan aku. Aku juga boleh merubah sifat seseorang manusia, kerana manusia mengidolakan aku. Banyak orang merubah keperibadiannya, mengkhianati kawan,memutuskan persaudaraan, menjual maruah, malahan meninggalkan keyakinan imannya, demi aku! Aku tak mengerti perbezaan orang senang dgn orang susah, tetapi manusia memakai aku untuk dijadikan loncatan darjat, menentukan kaya miskin dan terhormat atau terhina. Aku bukan Iblis, tapi seringkali manusia melakukan kejahatan demi mendapatkan aku. Aku juga bukan orang ketiga, tetapi banyak suami isteri
bergaduh dan berpisah kerana aku. Anak dan ibubapa berselisihan kerana aku. Sangat jelas juga aku bukan tuhan, tapi manusia menyembah aku seperti tuhan,bahkan kerap kali hamba-hamba tuhan lebih menghormati aku, padahal seringkali kita diingatkan supaya jgn sesekali menjadi hamba duit. Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapapun, tetapi ramai orang yang rela mati demi aku. Ingin aku ingatkan bahawa aku hanya boleh menjadi alat untuk membayar resit ubat, tetapi aku tidak mampu untuk
memanjangkan jangka hayat hidup seseorang. Sedarkah anda, aku juga satu alat yang boleh membuatkan
kamu bersedekah dan memperolehi pahala dan keberkatanNya. Kebanyakan orang sanggup bekerja demi aku siang dan malam. Walhal, tidak kah mereka sedar bahawa aku sebaliknya boleh bekerja untuk mereka dengan lebih effisien lagi. Andai aku digunakan untuk bersedekah, nescaya aku tidak akan pernah putus dari kamu. Aku akan sering mendatangi kamu dengan keberkatan dari Nya. Gunakanlah aku ke jalan yang diredhai olehNya.


Yang benar,

($$_$$)
Duit.. (˘ ³ ˘)



Terima Kasih.. Sharing is Caring ^_^.. Suke ?? Share jangan tak share

Senaman Kecilkan Paha

Tadi blogwalking, tetibe ternampak entri ni. Macam bergune untuk diri saye yang serba comel ni.. Chewah chewah.. Sekarang tengah pregy, so simpan senaman ni untuk praktiskan mase tengah pantang kang.

Mule-mule ikut pe yang pic tu tunjuk ek..

Pastu, boleh sandar kat dinding dan bayangkan macam ngah duduk kat kerusi.

Step seterusnya, buat dalam keadaan baring. *mcm nak tidur tuh. Then, angkat kaki 90 darjah. Pastu, kaki kanan letak atas kaki kiri lepastu buat mcm konsep gunting. So kira macam kanan up kiri down,kanan up kiri down then tukar kaki.

Boleh gak baring lepastu, angkat kaki 90 darjah, then, awak buat mcm kayuh basikal. Lepas dah buat macam tuh angkat je kaki lepastu sambung buat balik

Boleh try selama mungkin. Tapi pastikan ikut kemampuan tau. Jangan pakse diri. Boleh wat slow-slow. Selamat mencuba ^_^
Terima Kasih.. Sharing is Caring ^_^.. Suke ?? Share jangan tak share

Khasiat Kurma

Alhamdulillah. Hari ni dah masuk 8 Ramadhan 1435h. Maknenye dah 8 hari kite sume berpuasa untuk tahun ni. Cepat je mase berlalu kan. Tak terase dah nak habis fasa pertama Ramadhan. Tau kan fasa pertama Ramadhan iaitu 10 hari pertama Ramadhan adalah kerahmatan. Fasa kedua yang pertengahan Ramadhan adalah kemaafan dan fasa terakhir Ramadhan adalah pelepasan dari azab api neraka. Senanye petang ni nak kongsi tentang khasiat buah kurma. Mesti ramai yang bersahur dan berbuka makan buah kurma kan. Saye pom. Memang wajib. hihihi...

Antara khasiat buah kurma ni..

  • Penawar racun
  • Paling pantas diproses dan diserap sekaligus memberi tenaga segera untuk badan
  • Kaya dengan serat dan potassium
  • Mengubat gangguan usus dan sembelit
  • Baik untuk wanita mengandung atau bersalin (macam saye ^_^)
  • Penguat memori
Senanye, banyak lagi khasiat buah kurma ni.Rugi kalo tak makan tau.

Salam Ramadhan. Selamat Berpuasa semua




Terima Kasih.. Sharing is Caring ^_^.. Suke ?? Share jangan tak share

Button Follow Dan Dashboard

Banyak gak tutorial yang saye cube hari ni... Nak pandai, kena banyak practise dan berani mencube kan.. Now, nak kongsi lak ngan kengkawan yang same-same baru belajar nak wat blog bout camner nak wat Button Follow dan Dashboard kat bahagian atas blog. Cam pic kat bawah ni...


Cara die senang je. Kalo yang libatkan gadget ni, ok lagi brain saye ni nak terima. Klo yang dah libatkan Edit HTML tu, memang susah sangat bab template yang saye gune ni, susah sangat nak carik code-code yang macam kawan-kawan ajar. Jom kite try tutorial ni..

1. Dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript

2. Copy dan paste kod di bawah ke dalam ruangan HTML/javascript yang dibuka. 


 <div style="position: fixed; top: 5px; right: 90px;"><a class="linkopacity" href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=ID BLOG ANDA" target="_blank" rel="nofollow" title="Follow !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img src="http://3.bp.blogspot.com/-feYAFwQF-GM/TtOSBVXcMmI/AAAAAAAAHvk/GH1PZPVvU7c/follow.png" border="0" /></a><div style="display:scroll; position:fixed; top:5px; right:2px;"><a class="linkopacity" href="http://blogger.com/home" target="_blank" rel="nofollow" title="Dashboard !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://4.bp.blogspot.com/-N61PPu_1haE/TtOSBZgZikI/AAAAAAAAHvc/vIEC_dYpIVo/dashboard.png" /></a></div>
3. Kat bahagian ID BLOG ANDA tu, korang amik blogID dari blog korang eh. Cam pic kat bawah ni.

*No yang saye highlight kan tu adalah contoh ID Blog saye. Untuk blog korang, tak same dengan yang ni k ^_^

4. Bile dah siap letak ID Blog, boleh lah save dan lihat hasilnye.. Selamat mencuba ^_^


Terima Kasih.. Sharing is Caring ^_^.. Suke ?? Share jangan tak share