Friday, 4 July 2014

Petua Untuk Mengasihi Suami

Petang ni, saye nak kongsi kit petua untuk mengasihi suami agar suami tak menumpang kasih pada yang lain. Ni sume hanya satu usaha kite sebagai hambaNya ek.

  1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah teransang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna dan selitkan jelingan-jelingan manja.
  2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila di pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.
  3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Senantiasa bersyukur dengan pemberian suami walaupun sedikit tanpa mengungkit-ungkit. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
  4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.
  5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.
  6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga. Jangan amalkan tidur sendirian kerana ini akan menyebabkan renggangnya hubungan perkahwinan.
  7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempurna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

#Kredit - Ustaz Mohd Hanif


Terima Kasih.. Sharing is Caring ^_^.. Suke ?? Share jangan tak share

No comments:

Post a Comment